Rabu, November 11, 2009

PENGENALAN

1.  LATAR BELAKANG:


                 1.1. PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA [PERBEKAS]   DITUBUHKAN   OLEH          BEBERAPA ORANG BEKAS PEGAWAI KANAN DAN PEGAWAI KASTAM PADA TAHUN 1989.
                 1.2.              KEAHLIAN PERBEKAS ADALAH TERDIRI DARIPADA BEKAS DAN PESARA KDRM SEPERTI BERIKUT:
                          1.2.1.   PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG PERNAH BERKHIDMAT DENGAN     KDRM      SAMADA TELAH BERHENTI ATAU BERTUKAR KE JABATAN/AGENSI KERAJAAN YANG LAIN SAMADA MASIH BERKHIDMAT ATAU BESARA.
                          1.2.2.   PEGAWAI TERTINGGI, PEGAWAI KANAN, PEGAWAI KASTAM, PEGAWAI MERIN DAN LAIN-LAIN ANGGOTA KDRM YANG TELAH BERSARA; DAN
                          1.2.3.   ISTERI ATAU SUAMI KEPADA AHLI PERBEKAS YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ATAU KELUARGA BOLEH MENJADI AHLI BERSEKUTU.

2. OBJEKTIF DAN TUJUAN:
2.1. BAGI MENYATUPADUKAN BEKAS DAN PESARA KDRM DALAM SATU ORGANISASI UNTUK MEREKA BERNAUNG;
2.2. MENGADAKAN PERJUMPAAN, MAJLIS-MAJLIS AGAMA, SEMINAR DAN LAIN-LAIN UNTUK AHLI-AHLI; DAN
2.3. MEWUJUDKAN TABUNG KEBAJIKAN SERTA MEMBERI SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI-AHLI DAN KELUARGA MEREKA.
3. YURAN KEANGGOTAN:
3.1.    YURAN MASUK : RM 5.00  [SEKALI SAHAJA)
3.2.    YURAN AHLI SEUMUR HIDUP : RM 120.00 [SEKALI SAHAJA]
3.3.    AHLI BIASA : RM 12.00/TAHUN
YURAN TAHUNAN HENDAKLAH DI JELASKAN DALAM BULAN JANUARI TIAP-TIAP TAHUN SUPAYA STATUS AHLI ADALAH BERFAEDAH [BENEFIT MEMBER]
3.4.  YURAN AHLI BERSEKUTU : RM 60.00 [SEKALI SAHAJA] TERBUKA KEPADA ISTERI ATAU SUAMI KEPADA AHLI YANG MENINGGAL DUNIA ATAU KELUARGA.
4. FAEDAH / SUMBANGAN KEBAJIKAN: 

         4.1.      KHAIRAT KEMATIAN AHLI (BAYAR KEPADA WARIS) :  RM500.00    
         4.2.      KHAIRAT KEMATIAN ISTERI / SUAMI : RM 250.00                 
         4.3.      KEMALANGAN KENDERAAN / DIRI (TERUK DAN SERIUS) AHLI          SAHAJA [SEKALI DALAM TEMPOH SETAHUN] RM 200.00                                             
        4.4.    SUMBANGAN KERANA BANJIR / BENCANA ALAM & KEBAKARAN [SEKALI DALAM TEMPOH SETAHUN] :RM 250.00    
        4.5.   SUMBANGAN AHLI YANG SAKIT (KRITIKAL / SERIUS)[SEKALI DALAM TEMPOH SATU TAHUN] : RM 200.00                       
          4.6.    AHLI BERSEKUTU BERHAK MENUNTUT SEPARUH DARI  FAEDAH / SUMBANGAN DI ATAS  
NOTA: FAEDAH BOLEH DITUNTUT OLEH AHLI ATAU WARIS DENGAN MENGEMUKAKAN SIJIL ATAU DOKUMEN BAGI MENYOKONG TUNTUTAN BERKENAAN.




























Tiada ulasan: