UCAPAN


Rabu, Oktober 13, 2010

HAJI NASARUDDIN OTHMAN WAKIL eTiQa TAKAFUL

Sertai Pelan Simpanan, Perlindungan & Pendidikan eTiQa Takaful sehingga berusia 88 tahun untuk anda dan keluarga. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web berikut :-


http://www.etiqa.com.my/Malay/MengenaiKami/Pages/default.aspx

Selasa, April 27, 2010

Isnin, Mac 22, 2010

AHLI-AHLI YANG MENINGGAL DUNIA ANTARA JANUARI HINGGA NOVEMBER 2010

1. Allahyarhamah Hajjah Siti Rohani Md Saad     
    Ahli No. 621
2. Allahyarham Shebli Bujang                     
    Ahli No. 833
3. Allahyarham Omar Abdul Hamid                      
    Ahli No. 400
4.   Allahyarham Haji Yazet Omar
      Ahli No. 213
5.   Allahyarham Mohamad @Abdul Ghani Majid
      Ahli No. 662
6.   Allahyarham Haji Rapiei Haji Abdul Razak
      Ahli No. 509
7.   Allahyarham Tuan Haji Ismail Mohamad     
      Ahli No. 663
8.   Allahyarham Nor Azhar Mohamed Noor     
      Ahli No. 507
9.   Allahyarham Buang Mohamed     
      Ahli No. 749
10. Allahyarham Perhi Haji Peri
      Ahli No. 404



Semoga roh dan jasad mereka ditempatkan bersama para solehin, amin.

Ahad, Mac 14, 2010

PERBEKAS Sarawak Sampaikan Sumbangan Khairat Kematian

Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan khairat kematian telah berlangsung di pejabat Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) Cawangan Sarawak di Jalan Kulas Satu, Kuching, oleh Pengerusi PERBEKAS Sarawak, Ybhg Dato Sri Wan Abu Bakar Tuanku Mohamad pada hari Rabu 23 Disember, 2009 yang lalu.  Majlis juga dihadiri oleh Setiausaha Badan Perhubungan Sarawak, Tuan Haji Abdilah Sulaiman, Penolong Setiausaha, Tuan Haji Bolhasan Rais dan AJK, Tuan Haji Yusup Adenan dan keluarga Allahyarham Haji Suhaili Ahmad.

Dato Sri Wan Abu Bakar berkata. beliau yang mewakili Presiden, MJK Pusat dan juga ahli-ahli AJK PERBEKAS, merasa amat sedih dan dukacita di atas permergian Allahyarham Haji Suhaili Ahmad dan merakamkan takziah kepada Puan Hajah Rojanah Bedah serta keluarga di atas kehilangan orang yang disayangi. Ahli-ahli PERBEKAS berdoa semoga roh Allahyarham, ditempatkan dalam golongan orang yang soleh dan berharap semoga Puan Hajah Rojanah sentiasa tabah dan sabar menerima segala ketentuan Allah SWT.

Majlis disusuli dengan laporan terkini oleh Setiausaha Perhubungan, Tuan Haji Abdilah Sulaiman, yang terlebih dahulu merakam takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Suhaili dan dengan permergiannya, PERBEKAS Sarawak kehilangan seorang ahli yang aktif dan merupakan ahli yang turut sama dalam penubuhan Badan Perhubungan PERBEKAS Sarawak. Beliau berdoa semoga roh Allahyarham akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan segala sumbangan dan jasanya akan dikenang untuk selamanya.

Menurut Haji Abdilah, PERBEKAS Cawangan Sarawak telah dirasmikan oleh Presiden PERBEKAS Ybhg Dato' Abd Rahman Manan pada 1 Ogos 2009 yang lalu. Beliau juga menyatakan, bahawa tujuan utama PERBEKAS Sarawak ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan bekas dan pesara KDRM dalam satu organisasi agar boleh bernaung di bawah satu payung untuk mengadakan aktivi-aktivi bermanfaat bagi merapatkan silatulrahim seperti majlis keagamaan, keraian dan mewujudkan tabung dana untuk ahli serta keluarga.
 
Pada 9 Disember 2009 yang lalu, Perbekas menandatangani MoU dengan Otelo Telecommunications Sdn Bhd untuk menjalin kerjasama berasaskan komuniti yang bermatlamat membantu ahlinya dan masyarakat untuk meningkat serta menjana pendapatan sokongan untuk menangani kos sara hidup, selari dengan gagasan 1 Malaysia.

PERBEKAS akan mengadakan taklimat khas program tersebut di seluruh negeri , yang akan disampai oleh Perunding Peniagaan OTSB dalam masa terdekat. Hj Abdillah menyatakan, bahawa artikel laporan Mou tersebut telah disiarkan di akhbar Mingguan Utusan Sarawak dalam ruangan Stail keluaran Ahad 20 Disember 2009 yang lalu.

Diakhir majlis, upacara penyampaian sumbangan khairat kematian berupa cek benilai RM500 telah disampaikan oleh Dato Sri Wan Abu Bakar kepada Puan Hajah Rojanah Bedah. Sehubungan itu, Puan Rojanah sekeluarga merakam penghargaannya terima kasih kepada Persatuan Perekas Malaysia di atas sumbangan tersebut. Majlis diakhiri dengan doa tahlil oleh Tuan Haji Yusup Adenan dan diikuti dengan jamuan ringan.

Laporan Oleh:-
Tuan Haji Abdilah Sulaiman
Setiausaha Badan Perhubungan
PERBEKAS Sarawak.

Rabu, November 11, 2009

PENGENALAN

1.  LATAR BELAKANG:


                 1.1. PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA [PERBEKAS]   DITUBUHKAN   OLEH          BEBERAPA ORANG BEKAS PEGAWAI KANAN DAN PEGAWAI KASTAM PADA TAHUN 1989.
                 1.2.              KEAHLIAN PERBEKAS ADALAH TERDIRI DARIPADA BEKAS DAN PESARA KDRM SEPERTI BERIKUT:
                          1.2.1.   PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG PERNAH BERKHIDMAT DENGAN     KDRM      SAMADA TELAH BERHENTI ATAU BERTUKAR KE JABATAN/AGENSI KERAJAAN YANG LAIN SAMADA MASIH BERKHIDMAT ATAU BESARA.
                          1.2.2.   PEGAWAI TERTINGGI, PEGAWAI KANAN, PEGAWAI KASTAM, PEGAWAI MERIN DAN LAIN-LAIN ANGGOTA KDRM YANG TELAH BERSARA; DAN
                          1.2.3.   ISTERI ATAU SUAMI KEPADA AHLI PERBEKAS YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ATAU KELUARGA BOLEH MENJADI AHLI BERSEKUTU.

2. OBJEKTIF DAN TUJUAN:
2.1. BAGI MENYATUPADUKAN BEKAS DAN PESARA KDRM DALAM SATU ORGANISASI UNTUK MEREKA BERNAUNG;
2.2. MENGADAKAN PERJUMPAAN, MAJLIS-MAJLIS AGAMA, SEMINAR DAN LAIN-LAIN UNTUK AHLI-AHLI; DAN
2.3. MEWUJUDKAN TABUNG KEBAJIKAN SERTA MEMBERI SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI-AHLI DAN KELUARGA MEREKA.
3. YURAN KEANGGOTAN:
3.1.    YURAN MASUK : RM 5.00  [SEKALI SAHAJA)
3.2.    YURAN AHLI SEUMUR HIDUP : RM 120.00 [SEKALI SAHAJA]
3.3.    AHLI BIASA : RM 12.00/TAHUN
YURAN TAHUNAN HENDAKLAH DI JELASKAN DALAM BULAN JANUARI TIAP-TIAP TAHUN SUPAYA STATUS AHLI ADALAH BERFAEDAH [BENEFIT MEMBER]
3.4.  YURAN AHLI BERSEKUTU : RM 60.00 [SEKALI SAHAJA] TERBUKA KEPADA ISTERI ATAU SUAMI KEPADA AHLI YANG MENINGGAL DUNIA ATAU KELUARGA.
4. FAEDAH / SUMBANGAN KEBAJIKAN: 

         4.1.      KHAIRAT KEMATIAN AHLI (BAYAR KEPADA WARIS) :  RM500.00    
         4.2.      KHAIRAT KEMATIAN ISTERI / SUAMI : RM 250.00                 
         4.3.      KEMALANGAN KENDERAAN / DIRI (TERUK DAN SERIUS) AHLI          SAHAJA [SEKALI DALAM TEMPOH SETAHUN] RM 200.00                                             
        4.4.    SUMBANGAN KERANA BANJIR / BENCANA ALAM & KEBAKARAN [SEKALI DALAM TEMPOH SETAHUN] :RM 250.00    
        4.5.   SUMBANGAN AHLI YANG SAKIT (KRITIKAL / SERIUS)[SEKALI DALAM TEMPOH SATU TAHUN] : RM 200.00                       
          4.6.    AHLI BERSEKUTU BERHAK MENUNTUT SEPARUH DARI  FAEDAH / SUMBANGAN DI ATAS  
NOTA: FAEDAH BOLEH DITUNTUT OLEH AHLI ATAU WARIS DENGAN MENGEMUKAKAN SIJIL ATAU DOKUMEN BAGI MENYOKONG TUNTUTAN BERKENAAN.